A Biography: "FATIMAH - Gadis Desa Srikandi Bangsa"

A Biography: "FATIMAH - Gadis Desa Srikandi Bangsa"
This 269 page book narrates the life and times of DATUK DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BINTI HJ ABDUL MAJID. Other than being the first assembly woman in Johor, Datuk achieved a remarkable string of excellent "firsts" for women in the nation which elevated and exalted the status of womanhood as a whole! She was also the soft-spoken lady whose deep love for her country inspired her to selflessly pioneer and establish the brave and daring PASUKAN TENTERA WATANIAH WANITA / WOMEN'S VOLUNTARY MILITARY CORP. on our beloved soil when it was threatened by external aggression! She is a true SRIKANDI and our very own WOMAN OF SUBSTANCE! Get to know more about this amazing woman! TO ORDER THIS BOOK ONLINE, KINDLY CLICK ON THE IMAGE.

TEMURAMAH FAUZIAH FADZIL / PENULIS

Tuesday, September 1, 2009

APA KATA WANITA - Edisi Merdeka: Datuk Fatimah Abdul Majid - Srikandi Bangsa dan Pengasas Pasukan Tentera Wataniah

Sebut sahaja pejuang kemerdekaan dari selatan tanahair bernama Fatimah pasti mengingatkan kita kepada pemimpin veteran wanita UMNO iaitu Tun Fatimah Hashim.
Namun sebenarnya tidak ramai yang menyedari bahawa ada seorang lagi wanita pelopor arena politik tanah air bernama Fatimah. Beliau yang dimaksudkan adalah Datuk Fatimah Abdul Majid.
Penglibatan Datuk Fatimah dalam bidang politik bermula sejak tahun 1946. Beliau merupakan salah seorang pengasas penubuhan dan perjuangan UMNO. Menururt Datuk Fatimah yang kini berusia 90 tahun, perjuangan dalam bidang politik bukanlah perkara yang senang pada masa itu.
Beliau dan ahli-ahli yang lain mengadakan kempen siang dan malam di kawasan pedalaman dengan menaiki basikal, perahu dan berjalan kaki berjumpa rakyat untuk mencari sokongan dan pengaruh. Tujuannya hanya satu, iaitu menaikkan semangat menentang penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan. Sehingga akhirnya pada 31 Ogos 1957 negara mencapai kemerdekaan.
Pada tahun 1959, beliau bertanding dalam pilihanraya umum dan Berjaya terpilih sebagai wanita pertama menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor. Pada pilihanraya umum 1964 pula, Datuk Fatimah menjadi wanita pertama di negeri Johor dipilih menjadi Ahli Dewan Rakyat Malaysia.
Beliau terus bertanding dalam pilihanraya seterusnya dan kekal sebagai Ahli Dewan Rakyat sehingga tahun 1978. Sebagai Ahli Dewan Rakyat, Datuk Fatimah sinonim sebagai pejuang yang lantang dan berani mengetengahkan isu berkaitan wanita dan keluarga. Beliau benar-benar ikhlas berjuang untuk memartabatkan kaum wanita di negara ini.
Antara sumbangan tidak ternilai Datuk Fatimah kepada golongan wanita ialah mengasas dan menubuhkan pasukan tentera Wataniah Wanita pada tahun 1964. Ketika itu Negara sedang berhadapan senario getir berikutan Konfrontasi Indonesia.

OUR COMBAT-READY WOMEN! TRAINING EVERY WEDNESDAY TO DEFEND NATION!

Selain itu beliau turut mempelopori isu harta sepencarian yang telah banyak membantu wanita-wanita Islam apabila berlaku perceraian rumahtangga sehingga hari ini.

Zamzarina mengunjungi Datuk Fatimah di rumah beliau.

Rancangan bual-bicara Apa Kata Wanita!...bersama Zamzarina edisi MERDEKA Ahad ini menampilkan Datuk Fatimah Abdul Majid secara langsung menerusi TV1, jam 10 pagi.
Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir bagi menyampaikan penghargaan kepada Srikandi Bangsa dan pengasas Pasukan Tentera Wataniah Wanita ini.

From : www.apakatawanita.com


No comments: