A Biography: "FATIMAH - Gadis Desa Srikandi Bangsa"

A Biography: "FATIMAH - Gadis Desa Srikandi Bangsa"
This 269 page book narrates the life and times of DATUK DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BINTI HJ ABDUL MAJID. Other than being the first assembly woman in Johor, Datuk achieved a remarkable string of excellent "firsts" for women in the nation which elevated and exalted the status of womanhood as a whole! She was also the soft-spoken lady whose deep love for her country inspired her to selflessly pioneer and establish the brave and daring PASUKAN TENTERA WATANIAH WANITA / WOMEN'S VOLUNTARY MILITARY CORP. on our beloved soil when it was threatened by external aggression! She is a true SRIKANDI and our very own WOMAN OF SUBSTANCE! Get to know more about this amazing woman! TO ORDER THIS BOOK ONLINE, KINDLY CLICK ON THE IMAGE.

TEMURAMAH FAUZIAH FADZIL / PENULIS

Thursday, August 27, 2009

WRITER'S SPEECH AT THE LAUNCH OF "FATIMAH - Gadis Desa Srikandi Bangsa'"

Penulis bersama Datuk Fatimah


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM…


“DIKAU WANITA BERSEMANGAT WAJA

SRIKANDI MELAYU KEMEGAHAN BANGSA

PENGORBANANMU MURNI JASAMU MULIA

MUTIARA MERDEKA PERMATA NEGARA!”


Begitulah dedikasi saya kepada YABhgia Datuk Datin Paduka Hjh Fatimah binti Hj Abdul Majid. Beliau bukan sahaja merupakan seorang wanita luar biasa yang amat saya kagumi dan sanjungi tetapi beliau juga bagaikan seorang ibu yang amat saya kasihi dan hormati…


…ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAA HIWABARAKAATUH….

SEMUGA KITA MEMPEROLEH BERKAT DAN HIDAYAT DI HARI YANG BERBAHAGIA INI……..


YAB HJ.ABDUL GHANI BIN HJ. OTHMAN, MENTERI BESAR JOHOR, YADIHORMATI PROFESSOR DATIN PADUKA DR. JAMILAH BINTI ARIFFIN,

AHLI2 YG BERHORMAT, TAN SRI2, PUAN SRI2, DATO2, DATIN2 YG. DI HORMATI

SERTA TUAN2 DAN PUAN2 YANG DI KASIHI SEKELIAN…


Alhamdulillah…Saya mengucap syukur ke hadrat ilahi oleh kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jualah maka buku FATIMAH – Gadis Desa Srikandi Bangsa” ini berjaya diterbitkan dengan sempurna.


Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada Hjh Siti Zainab, anakanda sulong kepada Datuk Fatimah, juga seorang sahabat baik saya, kerana beliaulah yang telah memberi kesempatan dan kepercayaan penuh kepada saya untuk menulis dan menghasilkan biografi Datuk Fatimah ini. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Siti Saleha, adinda kepada Siti Zainab, yang turut memberi saya beberapa pandangan dan cadangan beliau... Seterusnya saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj. Kamdi bin Hj. Kamil daripada Yayasan Warisan Johor yang telah sudi menjadi penyunting kepada buku ini dan telah memberi saya beberapa pengetahuan baru yang amat saya hargai. Tidak lupa juga, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada jasa baik Tuan Hj. Ismail Zamzam, Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, yang telah banyak juga memberi bantuan ...


Buku “FATIMAH – Gadis Desa Srikandi Bangsa” ini merakamkan secara komprehensif liku-liku perjalanan dan pengalaman hidup Datuk Fatimah, sepanjang hayatnya selama sembilan puluh tahun.


Pemimpin ulung, Julius Caesar pernah berkata,”Pengalaman adalah guru kepada segalanya..”. Begitu juga boleh dikatakan, pengalaman hidup telah menjadi guru kepada Datuk Fatimah yang telah membentuk dan mencorakkan keperibadian beliau menjadi seorang insaniah yang bertanggung jawab, begitu komited, taat dan serba berkebolehan di dalam pelbagai bidang. Pengorbanan yang terpaksa beliau lakukan sejak beliau berumur lima tahun lagi, demi kesejahteraan keluarga, telah matang dan berkembang menjadi satu azam dan tekad yang begitu jitu dan yang telah mencetuskan semangat yang cekal, kental dan penuh berwibawa di dalam diri beliau.


Sebenarnya terlalu banyak yang hendak saya katakan mengenai Datuk Fatimah sehingga saya sendiri tergamam dengan apa yang ada di dalam fikiran saya!.....


…… Saya juga ada ditanya kenapa saya beri tajuk buku ini “FATIMAH – Gadis Desa Srikandi Bangsa”? … Pada hemah saya, nama ‘FATIMAH’ yang pada zahirnya kelihatan dan kedengaran tersangat ringkas itu – melambangkan keluhuran jiwa sanubari dan diri Datuk Fatimah yang sebenarnya... Tambahan lagi – beliau sentiasa memperingati diri dan keluarganya, dan tidak lupa juga beliau beberapa kali telah mengingati saya, bahwa beliau asalnya dari desa, seorang anak gadis desa yang telah banyak merasai asam garam kehidupan sejak kecil lagi … dan beliau bangga dan bersyukur dengan asal usul dirinya dan di atas segala pengalaman yang telah dilayarinya itu. Beliau juga seorang wanita yang tidak suka mendabik dada dan merupakan seorang yang sentiasa berhemah tinggi dan suka merendah diri. Tetapi, di sebalik kelembutan beliau itu, sebenarnya wujud kehebatan semangat yang amat gigih, kental, berani - satu semangat yang telah mengangkat beliau menjadi seorang Srikandi bangsa dan Negara!


Datuk Fatimah telah banyak meraih kecemerlangan dan telah mencapai kejayaan demi kejayaan di dalam hidupnya. Beliau bukan sahaja telah melonjakkan martabat bangsa dan negara, tetapi yang penting, pada pandangan saya sebagai seorang wanita, beliau telah mengangkat martabat wanita tanah air keseluruhannya!


Di era yang tidak secanggih seperti sekarang ini, beliau berani menjadi perintis dalam bidang yang jarang diterokai oleh wanita ketika itu mahupun oleh bangsanya sendiri! Dan berlatarkan suasana masyarakat Melayu dahulu, di mana kaum wanita tidak digalakkan mempunyai impian yang tinggi, beliau pula telah melawan arus bila sahaja mendapat kesempatan setelah berumah tangga.


Memperjuangkan hak, kepentingan dan kesejahteraan wanita sentiasa mendapat tempat istimewa di hati beliau kerana beliau yakin dan percaya bahawa jika di beri kesempatan yang sama, kaum wanita juga boleh menggapai kecemerlangan - setanding dengan kaum lelaki kalau tidakpun, lebih baik!

Antara perkara-perkara yang telah menjulang martabat kaum wanita tanah air, yang pernah diperjuangkan oleh Datuk Fatimah dahulu, perkara yang paling menyentuh dan mencuit hati nurani saya ialah …apabila beliau menubuhkan Pasukan Tentera Wataniah Wanita yang pertama di bumi tercinta - semasa negara kita berkonfrontasi dengan Indonesia!


Pada saya, itulah semangat patriotisme di tahap maksima – tidak langsung ada kepentingan diri sendiri...begitu suci… begitu mulia hati budinya kerana beliau bukan sahaja telah melakukannya secara sepontan, ikhlas dan jujur, tetapi beliau juga berjaya meyakinkan segolongan wanita cekal berani di negeri Johor ini untuk bersama dengan beliau - menyahut seruan ibu pertiwi - secara SUKARELA!


Bukan itu sahaja, wanita-wanita berani ini juga sanggup berputih tulang, sanggup menggadai jiwa dan raga dan bagai meletakkan nyawa mereka di hujung pedang.. demi membela Negara tercinta! Bayangkan - mereka juga telah membelanjakan wang saku mereka sendiri untuk membeli uniform dan kelengkapan lain yang diperlukan - dengan relahati!! Seumur hidup mereka, tidak seorang pun yang pernah sekali mengangkat senapang, jauh sekali menembak, tetapi sebagai ahli Tentera Wataniah itu, mereka berkobar-kobar mempelajari segala ilmu yang perlu serta taktik-taktik peperangan tanpa mengenang penat dan lelah!!....


Walaupun tidak berkesempatan untuk ke medan peperangan, kerana alhamdulillah …konfrontasi tidak berpanjangan - namun nawaitu dan tindakan Datuk Fatimah yang sungguh murni itu sudah cukup untuk menjadikan beliau seorang Srikandi bangsa dan Negara yang tidak ternilai jasa budinya! Mengenangkan perkara ini, persoalan yang ingin saya tanyakan - MASIHKAH ADA SEMANGAT PATRIOTISME SEDE-MIKIAN, DI KALANGAN KITA, SEKARANG INI?? …Tepuklah dada tanyalah selera ya?


Penulis bersama Datuk Fatimah


Saya benar-benar kagum dengan personaliti Datuk Fatimah dan dengan ikhlas saya berpendapat beliau boleh menjadi ikon yang baik untuk generasi muda, terutamanya untuk kaum wanita di Negara kita ini. (Bukanlah bintang Akademi Fantasia yang harus dicontohi…!!) Tetapi…sayang sekali kerana ramai rakyat Malaysia tidak mengenali siapa dia Datuk Fatimah Hj Abdul Majid - kerana kisah diri beliau serta jasa-jasanya yang telah begitu banyak ditaburkan, tidak didedah dan disebarkan kepada pengetahuan masyarakat umum. Adakah anda tahu, di sebabkan beliaulah maka kini terdapat ramai kaum wanita menganggotai pasukan polis dan tentera Negara? Pernahkah terlintas di fikiran kita mengenai perkara ini? Dan di sebabkan beliau jugalah maka ramai para isteri Melayu tidak teraniaya dan mendapat hak yang saksama dalam pengagihan harta sepencarian di dalam kes-kes perceraian keluarga Islam di negara kita! Itu baru sebahagian sahaja daripada sumbangan Datuk Fatimah kepada kita semua!


Syukur alhamdulillah…dengan terbitnya buku “FATIMAH – Gadis Desa Srikandi Bangsa” ini, sebanyak sedikit masyarakat Malaysia umumnya – terutama sekali kepada generasi muda - akan mula mengenali siapa dia Datuk Datin Paduka Hjh Fatimah binti Hj Abdul Majid. Semuga pengalaman hidupnya dan keperibadian dirinya itu dapat menjadi inspirasi kepada anak-anak bangsa untuk mencontohi dan menjadikannya sebagai satu tauladan.


Saya sebenarnya membelai impian untuk menggarapkan kisah dan keperibadian

Datuk Fatimah ke layar perak, di mana prinsip beliau yang pantang mengalah sebelum mencuba itu, komitmen dan semangat kental beliau itu, serta jiwa ikhlasnya yang selalu melestarikan fardhu kifayah kepada masyarakat, dapat ditonjolkan dan dijadikan sebagai satu filem inspirasi dan wadah visual terhadap pembangungan mental dan pembentukan jati diri anak-anak bangsa dan juga Negara! Insyaallah…saya yakin jika nawaitu kita itu betul-betul ikhlas dan jujur.. akan diizinkan jua oleh yang Maha Menyayangi dan Maha Mengasihi! Kerana dalam pandangan saya …. Datuk Fatimah Hj Abdul Majid is - TRULY OUR MALAYSIAN WOMAN OF SUBSTANCE…!!


Akhir kata…saya rasa amat bertuah kerana telah mendapat satu peluang keemasan untuk mengenali Datuk Fatimah dengan lebih dekat lagi di mana akhirnya terhasillah buku ini.


Secara kebetulan, kita sekarang berada di dalam bulan Ogos – bulan di mana kita meraikan Hari Kemerdekaan Negara kita yang tercinta dengan mengenang kembali jasa-jasa perjuangan lampau.


Kepada semua yang hadir di sini, pada pagi yang bahagia dan bermakna ini, saya harap kita semua dapat bersyukur dan berterima kasih kapada Mutiara Merdeka dan Permata Negara seperti Datuk Fatimah dan juga rakan-rakan seperjuangannya yang lain kerana mereka telah menghadiahkan sesuatu yang tidak ternilai kepada kehidupan kita semua – iaitu, sebuah Negara yang berdaulat, merdeka, aman dan makmur!...


Terima kasih Datuk Fatimah! Jasamu di kenang dan saya…amat bersyukur sekali…!


Sekian.


Wabillahitaufik...walhidayah…wassalaamualaikum warahmatullaa hiwabarakahtuh…


Terima kasih.


--------------------------------------------------------------------

Teks ucapan FAUZIAH FADZIL, sebagai penulis, di hari pelancaran buku :

”FATIMAH – Gadis Desa Srikandi Bangsa.”

10.00 pagi, 13 Ogos 2009, di Permata Ballroom, Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.

Diresmikan oleh YAB Dato Hj.Abdul Ghani Hj Othman, Menteri Besar Johor.

--------------------------------------------------------------------





Wednesday, August 26, 2009

WHAT THE MEDIA SAYS ABOUT THE WRITER

Memartabat Srikandi Johor
Ditulis oleh Rozza Khairiah
Khamis, 13 Ogos 2009
fr. KHABAR ORANG JOHOR


Tandatangan...Fauziah Fadzil mencoretkan sesuatu dibuku
'Fatimah - Gadis Desa Srikandi Bangsa' buat Siti Normah Khalid.


JOHOR BAHRU : Minat yang mendalam terhadap dunia penulisan mendorong penulis bebas, Fauziah Fadzil menghasilkan biografi sulungnya bertajuk "Fatimah Gadis Desa Srikandi Bangsa” dalam tempoh kurang setahun.

Sebelumnya anak jati Johor Bahru ini giat menghasilkan skrip-skrip drama televisyen, dokumentari dan sitkom di samping terlibat dalam penghasilan skrip filem Mimpi Moon arahan Shuhaimi Baba.

Menurut Fauziah, penghasilan biografi ini bermula sejak pertengahan tahun lalu dan maklumat mengenainya diperolehi daripada Datin Paduka Fatimah Abdul Majid sendiri dan anaknya a Siti Zainab serta Siti Saleha Dato’ Sheikh Abu Bakar.

Katanya, dengan kerjasama serta sokongan yang tidak putus daripada keluarga Fatimah, biografi setebal 269 muka surat itu berjaya disiapkan dalam masa 10 bulan sahaja.

Beliau memilih Fatimah, anak kelahiran Kampung Parit Bakar Laut, Muar berdasarkan kepada pencapaian hebatnya dalam politik dengan menjadi wanita pertama Johor yang dipilih menjadi ahli Dewan Negeri (1959) dan Dewan Rakyat (1964 – 1978).

Fauziah mengakui bahawa dia masih bertatih lagi dalam penulisan sebegini namun berpuas hati dengan penghasilan buah tangan pertama, lebih-lebih lagi ia mengangkat martabat wanita di mata dunia.

“Buku ini saya dedikasikan khas buat anak-anak muda di luar sana agar lebih mengenali srikandi wanita yang berjasa selama sembilan dekad ini,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran buku itu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman di Hotel Puteri Pacific di sini, hari ini.




























Penulis bersama Professor Datin Paduka Dr.Jamilah Ariffin, isteri kepada Menteri Besar Johor, di hari pelancaran buku.

Fauziah kini berazam pula menghasilkan sebuah filem yang memaparkan liku-liku kehidupan Fatimah dalam kancah politik dan sosial.


“Apabila dipaparkan ke layar perak, ia lebih memberi kesan kepada penonton dari segi penghayatannya.

“Saya kini diperingkat awal perbincangan dengan beberapa pengarah untuk merealisasikannya,” katanya.





THE SPEECH BY THE MENTERI BESAR OF JOHORE


Berdiri daripada kiri di hadapan: Puan Siti Zainab (Anakanda sulong kepada Datuk Fatimah), Datuk Fatimah, Professor Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin (Isteri kepada Menteri Besar Johor) & Dato Hj Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor)
Berdiri di belakang: Fauziah Fadzil (Penulis) & Dato Abdullah Yusof (Pengarah MPH)


Majlis Pelancaran Buku 'Fatimah - Gadis Desa Srikandi Bangsa' Print
UCAPAN Y.A.B. DATO' HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN
MENTERI BESAR JOHOR
DI MAJLIS PELANCARAN BUKU 'FATIMAH-GADIS DESA SRIKANDI BANGSA'
DI PERMATA BALLROOM, HOTEL PUTERI PACIFIC, JOHOR BAHRU
PADA HARI KHAMIS, 13 OGOS 2009 JAM 10.45 PAGI

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T., di atas limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama pada pagi ini sempena satu majlis yang amat bermakna kepada negeri Johor. Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan yang mendalam di atas penghormatan menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan buku 'Fatimah Gadis Desa Srikandi Bangsa', iaitu satu lagi catatan bersejarah negeri ini.

2. Negeri Johor seperti yang kita saksikan dalam catatan sejarah telah melahirkan tokoh-tokoh yang cukup istimewa baik daripada kalangan dirajanya, tokoh-tokoh politik, pentadbir, cendekiawan dalam lapangan ekonomi, pendidikan, sosial, bahasa, persuratan, kesenian, kebudayaan dan lain-lain. Tokoh-tokoh ini telah berjuang dalam bidang masing-masing untuk meletakkan Johor dalam peta kemajuan agama, bangsa dan negara. Usaha merakamkan riwayat hidup dan perjuangan mereka sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka kepada agama, bangsa dan negara, wajar dilakukan lebih giat lagi.

3. Sesungguhnya kewibawaan dan ketokohan para pejuang terbilang dari bumi Johor ini banyak pengaruhnya dalam kebangkitan semangat nasiolisme yang kental sehingga tercapainya kemerdekaan tanah air pada tanggal 31 Ogos 1957.

Para hadirin sekalian,

4. Negeri Johor telah melahirkan ramai tokoh terbilang yang memberi sumbangan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya Dato' Abdul Rahman Andak, Dato' Onn Jaafar, Tun Dr. Ismail, Tun Hussein Onn, Tun Sardon Jubir, Ibu Zain Sulaiman, Tan Sri Syed Jaffar Albar dan ramai lagi. Semua tokoh ini jumlahnya hampir 150 orang telah ditulis biografinya dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dalam lima jilid iaitu; Pejuang Terbilang Johor, Tokoh Ternama Johor, Pengukir Nama Johor, Johor Mengabdikan Namamu, Johor Mengenang Sumbangsihmu dan sebuah buku lagi dalam proses penerbitan ialah Pengemudi Bahtera Merdeka Johor.

5. Penulisan memoir dan biografi tokoh ini menjadi khazanah warisan sejarah yang tidak ternilai harganya kepada generasi muda untuk memantapkan lagi semangat cintakan negara. Generasi muda harus belajar daripada sejarah tentang asal-usul mereka mengenai kekuatan yang dimiliki dalam mencorakkan perjalanan hidup bangsa sehingga berada dalam keadaan seperti yang ada sekarang. Penulisan buku biografi tokoh merupakan satu usaha yang murni dan pastinya dapat menjana kefahaman generasi muda mengenai erti sebuah kemerdekaan yang sebenarnya.

Tuan puan para hadirin sekalian,

6. Di negara kita, penulisan memoir dan biografi tokoh merupakan rakaman baru yang perlu dipupuk perkembangannya. Memoir dan biografi tokoh adalah catatan sebuah kehidupan individu dan kelompok manusia bersamanya. Penulisan seperti ini menjadi sebahagian daripada warisan ilmu pengetahuan yang berharga dan mampu dijadikan kebanggaan untuk pembinaan sesuatu bangsa serta rujukan generasi mendatang.

7. Memoir atau buku biografi tokoh "Fatimah Gadis Desa Srikandi Bangsa" tentu mempunyai keistimewaannya. Sehingga kini tidak banyak buku yang seumpama ini diterbitkan, khususnya buku tentang tokoh wanita Johor yang bergiat aktif dalam politik dan kemasyarakatan. Dalam ingatan saya buku tokoh wanita yang telah diterbitkan ialah; Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesatria Bangsa dan Tan Sri Fatimah: Potret Seorang Pemimpin.

8. Oleh itu, buku "Fatimah Gadis Desa Srikandi Bangsa" merupakan buku ke-3 tokoh politik wanita Johor. Satu penyelidikan sedang dijalankan untuk menerbitkan buku biografi Ibu Zain Sulaiman .

9. Fatimah Gadis Desa memang tepat sekali frasa ini. Dato' Fatimah dilahirkan 90 tahun dahulu di Parit Bakar Muar, dibesarkan dalam suasana kampung sebelum negara mencapai kemerdekaan. Tinggal di rumah kayu usang, beratap zink dan nipah, menggunakan air perigi dan parit, pelita minyak tanah dan berjalan kaki di atas jalan tanah menuju ke sekolah melayu parit bakar darat. Semasa kecilnya Fatimah atau 'Not" nama timangannya adalah seorang yang rajin dan dipercayai oleh ibunya. Kerja rutin hariannya yang diberikan adalah mengisi air ke dalam tempayan di dapur rumah daripada perigi yang jauhnya 300 ela, mengumpul ranting-ranting kayu untuk dijadikan kayu api dan memasang pelita minyak apabila hari mulai senja.

Dato Hj.Abdul Ghani Othman sempat menyampaikan lagu "Gemala Hati" yang ditujukan khas kepada Datuk Fatimah. Set rumah kampung itu adalah gambaran rumah sebenar di mana Datuk Fatimah telah dilahirkan.


Para hadirin sekalian,

10. Ungkapan "Srikandi Bangsa" amat tepat sekali gelaran ini diberikan kepada Dato' Fatimah. Mengikut kamus dewan 'srikandi' bermaksud "wanita yang berani dan mempunyai semangat nasional sejati." Semangat ini diterjemahkan dalam kegiatan politiknya. Dato' Fatimah menyertai politik pada awal tahun 1946 dengan menyertai Pergerakan Melayu Semenanjung Johor yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar dan menjadi ahli UMNO apabila UMNO ditubuhkan di Istana Besar pada 11-12 Mei 1946.

11. Mulai saat ini, tuah Dato' Fatimah yang dirasakan oleh ibunya ketika masih dalam kandungan benar-benar berlaku dalam kehidupan Dato' Fatimah. Kejayaannya dalam arena politik meningkat, daripada seorang ahli biasa UMNO pada tahun 1946, memegang pelbagai jawatan penting dalam UMNO mulai tahun 1948. Pada tahun 1959-1964 menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Plentong, kemudian pada tahun 1964 hingga 1978 sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat Dalam dan Semerah yang meletakkan Dato' Fatimah menjadi wanita Johor pertama sebagai Ahli Dewan Rakyat.

12. Gelaran srikandi bangsa dilonjakkan lagi apabila beliau memegang jawatan Naib Ketua Badan Perhubungan Umno Negeri Johor dan Ketua Kaum Ibu UMNO Johor selama 23 tahun (1960-1983), Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia (1973-1979) dan Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Malaysia (1979-1983).

13. Buku "Fatimah Gadis Desa Srikandi Bangsa" banyak keistimewaannya. Dato' Fatimah seperti mana yang saya kenali mempunyai perwatakan yang unik dan istimewa selain pemikiran beliau mengenai kemajuan dan hak wanita. Sepanjang saya mengenalinya, beliau banyak memberi sumbangan ke arah kebaikan wanita, sama ada menerusi bidang politik mahupun pergerakan sosial. Kesempatan untuk mengangkat martabat wanita sering disuarakan melalui Persidangan Dewan Negeri, Dewan Rakyat dan melalui akhbar-akhbar. Antaranya adalah isu poligami, isu harta sepencarian, menyeru wanita supaya berdaya saing untuk merebut peluang ekonomi dan penubuhan askar wataniah wanita pertama.

14. Dato' Fatimah bukan sahaja dikenali sebagai ahli politik, malah beliau juga aktif dalam bidang sosial dan kebajikan. Antara penglibatan beliau dalam bidang ini adalah bergiat aktif dalam perkumpulan wanita (w.i) peringkat daerah, negeri dan sejak tahun 1983 hingga sekarang, menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Perkumpulan Wanita Semenanjung Malaysia.

Para hadirin sekalian,

15. Berbalik kepada penerbitan buku yang bersifat memoir dan biografi, di negara kita, ia masih kurang dibandingkan di negara-negara membangun yang lain, apatah lagi jika dibandingkan dengan penerbitan buku di negara-negara maju. Satu usaha harus digerakkan, khususnya di negeri Johor untuk menerbitkan buku yang menjadi bahan bacaan, bahan rujukan dan kajian. Selama 20 tahun Yayasan Warisan Johor ditubuhkan, sebanyak 53 buah buku telah diterbitkan, terdiri daripada buku sejarah, budaya, politik, kesenian, biografi, novel dan puisi.

16. Dalam masa dua tahun kebelakangan ini satu perkongsian bijak dan persefahaman telah diwujudkan antara Yayasan Warisan Johor dengan pihak penerbit MPH dalam menerbitkan buku-buku berkaitan dengan negeri Johor. Melalui persefahaman ini enam buah buku telah diterbitkan. Adalah menjadi satu cabaran kepada penulis-penulis Johor untuk menulis buku mengenai Johor yang meliputi pelbagai bidang.

17. Kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Johor telah mengadakan Hadiah Sastera Darul Ta'zim setiap dua tahun sekali. Hadiah Sastera Darul Ta'zim yang diadakan pada 17 Julai 2009 yang lalu merupakan kali ketujuh. Hadiah Sastera Darul Ta'zim diwujudkan sebagai penghargaan kepada para penulis Johor kerana sumbangan yang telah diberikan dalam bidang pengembangan bahasa dan sastera serta untuk mendorong dan menjana iltizam serta kreativiti para penulis Johor untuk menghasilkan karya-karya besar dan bermutu.

18. Sehubungan itu, saya menyarankan agar Yayasan Warisan Johor memperluaskan bidang penulisan yang boleh diberi penghargaan. Ini bertujuan untuk menggalakkan penulis Johor menulis mengenai ekonomi, politik, pendidikan, sosial, kebudayaan, kesenian, keagamaan negeri johor. kaedah seperti ini mungkin dapat menarik minat lebih ramai penulis untuk menulis buku. Mereka bukan sahaja akan mendapat royalti penjualan buku tetapi kerajaan Johor dapat memberi pengiktirafan kepada mereka kerana mengharumkan nama Johor melalui penerbitan buku.

19. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada penulis dan penyunting buku ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada penerbit MPH dan Yayasan Warisan Johor yang menerbitkan buku ini. Tahniah dan terima kasih kepada Dato' Fatimah dan ahli keluarganya yang mengadakan majlis pelancaran buku ini. Semoga buku "Fatimah Gadis Desa Srikandi Bangsa" dapat membuka minda dan contoh teladan kepada generasi muda khususnya kaum wanita.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




WHAT'S BEING SAID IN THE MEDIA ABOUT THE BOOK LAUNCH!

ABDUL GHANI CALLS FOR MORE BIOGRAPHIES OF IMPORTANT FIGURES

Bernama - Friday, August 14


JOHOR BAHARU, Aug 13 (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman has called for more biographies of past state personalities.

Launching the biography "Fatimah - Gadis Desa Srikandi Bangsa", here today, he said memoirs and biographies could be an invaluable historical heritage for the younger generation to strengthen their patriotism.


"Biography writing is a noble effort which can strengthen the understanding of the true meaning of independence among the young generation," he said.

The 269-page book, written by Fauziah Fadzil and published by MPH Group Publishing Sdn Bhd, is about the life and times of Datuk Datin Paduka Fatimah Abdul Majid, the first Johor assemblywoman.

Born on July 1919 and one of Umno founders, Fatimah was elected member of the Johor state assembly in 1959 and was also a member of parliament between 1964 and 1978.

Abdul Ghani said Johor had produced many famous personalities who had contributed at the national and international level such as Datuk Abdul Rahman Andak, Datuk Onn Jaafar, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Sardon Zubir, Ibu Zain Sulaiman and Tan Sri Syed Jaafar Albar.

Their biographies and those of many others had been written and produced by the Johor Heritage Foundation in five volumes, namely Pejuang Terbilang Johor, Tokoh Ternama Johor, Pengukir Nama Johor, Johor Mengabadikan Namamu, and Johor Mengenang Sumbangsihmu, he added.

He said a research was being conducted to produce a biography on Ibu Zain.

-- BERNAMA


Di akhbar Nanyang Siangpau



Di akhbar Sin Chew Jit Poh
Di akhbar The Star


Set pelancaran buku: "FATIMAH - Gadis Desa Srikandi Bangsa"


Biografi Datuk Fatimah Abdul Majid Dilancar

JOHOR BAHARU, 13 Ogos - Biografi bertajuk ‘Fatimah - Gadis Desa Srikandi Bangsa’ dilancarkan di sini Khamis.

Buku setebal 269 muka surat ini yang ditulis oleh Fauziah Fadzil dan diterbitkan oleh MPH Group Publishing Sdn Bhd adalah mengenai kisah Datuk Datin Paduka Fatimah Abdul Majid, iaitu wanita pertama yang dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor pada 1959.

Dilahirkan pada 19 Julai 1919, Fatimah juga merupakan wanita pertama dari Johor yang dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat dari 1964 hingga 1978 dan merupakan salah seorang pengasas Umno yang telah memegang pelbagai jawatan dalam parti itu sehingga 2008.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman semasa melancarkan buku itu berkata usaha perlu digerakkan bagi menerbitkan lebih banyak buku bersifat memoir dan biografi mengenai tokoh-tokoh terdahulu di negeri ini.

“Ini penting kerana buku seperti ini boleh menjadi khazanah warisan sejarah yang tidak ternilai harganya kepada generasi muda untuk memantapkan lagi semangat cintakan negara.

“Penulisan buku biografi tokoh merupakan satu usaha yang murni dan pastinya dapat menjana kefahaman generasi muda mengenai erti sebuah kemerdekaan yang sebenarnya,” katanya.

Menurut Abdul Ghani, Johor telah melahirkan ramai tokoh terbilang yang memberikan sumbangan dari peringkat negeri hinggalah ke peringkat antarabangsa seperti Datuk Abdul Rahman Andak, Datuk Onn Jaafar, Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn, Tun Sardon Zubir, Ibu Zain Sulaiman dan Tan Sri Syed Jaafar Albar.

Biografi mereka dan ramai tokoh lain telah ditulis dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dalam lima jilid iaitu Pejuang Terbilang Johor; Tokoh Ternama Johor; Pengukir Nama Johor; Johor Mengabadikan Namamu; dan Johor Mengenang Sumbangsihmu.

Sebuah lagi buku yang sedang dalam penerbitan ialah Pengemudi Bahtera Merdeka Johor.

Abdul Ghani berkata biografi mengenai Fatimah merupakan buku ketiga dihasilkan mengenai tokoh politik wanita Johor selain Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesatria Bangsa dan Tan Sri Fatimah: Potret Seorang Pemimpin.

Katanya satu penyelidikan sedang dijalankan bagi menerbitkan buku biografi mengenai Ibu Zain Sulaiman.
- BERNAMA
















FOREWORD FROM THE WRITER

My apologies to my non Bahasa Melayu readers for I've not done the translation yet!




Page 1



Page 2




Fauziah Fadzil (Penulis) dan bukunya "FATIMAH - Gadis Desa Srikandi Bangsa"



Tuesday, August 25, 2009

My Book: "FATIMAH - Gadis Desa Srikandi Bangsa"
















Writer Fauziah Fadzil at the back (standing left)
.

At long last.. after about a year, my book "FATIMAH - Gadis Desa Srikandi Bangsa" was completed, published by MPH and finally launched by the Menteri Besar of Johor, YAB Dato' Hj Abdul Ghani Othman on the 13th August 2009 at the Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru.


Front Cover


Back Cover

The book is a comprehensive biography on the life of Yang Amat Berbahagia DATUK DATIN PADUKA HAJJAH FATIMAH BINTI HJ. ABDUL MAJID. It describes her humble village girl beginnings, her trials and tribulations as she meandered the course of her 90 years of embracing this wondrous journey called life. If Julius Caesar once said that "Experience is the teacher of all things..!", then the same could be said of Datuk Fatimah. Her life's experiences, the sacrifices she had to give since the age of five for the sake of her beloved family, has helped shape the person she came to be, in her adult life.

After having been deprived of her own dreams and aspirations, ironically, marriage was what gave her the ultimate freedom she so craved! Like a captive stream of bulging energy that was finally released, her hungry foray into 'freedom' brought about many first time achievements in Malaya - for Malay women especially!! In an era whereby women were not encouraged to pursue higher education nor even harbour career ambitions, Fatimah proved that, given an equal opportunity, women could also achieve great success and excellence just as the males do, if not even better! She is considered a Srikandi, a brave female warrior to both her people and nation!

In the 60s, when Indonesia wanted to 'ganyang' (destroy) Malaysia and a Confrontation began, Fatimah succeeded in urging several women in Johor to form the first "Pasukan Tentera Wataniah Wanita" or a Voluntary Women Military Corp in the country, to take an active role in defending our beloved nation from the Indonesian aggression. This act of bravery on the part of Fatimah and her team, was enough to 'put a feather in her cap' as truly an exquisite act of raw, true and ultimate patriotism!!

Fatimah has received many accolades and achieved great achievements in many areas. Some in areas less trodden by women or by her own people. However, Fatimah has exalted the pride and dignity of women as a whole in Malaysia! She is an inspiration to ALL! She is truly Malaysia's own WOMAN OF SUBSTANCE!!

Read more about her. The book "FATIMAH - Gadis Desa Srikandi Bangsa" is available in all MPH bookstores around the nation! The current print is in hardcover with high quality light-tanned paper that gives the book a classic outlook in general.